2 Beradik Sedih, Keluarga Hantar Kakak Kerja Di KL Tapi Balik ‘Dijemput’ Ilahi

Baru semalam (kelmarin) saya salam, kucup tangan mak ayah sebelum balik Perlis & mereka senyum saja…memang biasanya ayah hantar kakak ke KL

Sementara itu adik bongsunya, Muhamad Hazman akui terkejut sebaik dimaklumkan tentang nahas. Hal ini kerana, baru kelmarin dia sempat bersalaman serta mengucup tangan ibu dan ayahnya sebelum pulang bagi menyambung kursus intern di Perlis. Katanya mereka sedang dalam perjalanan menghantar kakak sulungnya, Nor Hadirah ke Kuala Lumpur untuk melapor diri di tempat kerja semula ekoran syarikat itu ditutup sementara sebelum ini. Semasa cuti Aidiladha baru-baru ini, Hazman turut sempat membawa kedua-dua kakaknya itu pergi beraya.

Panggilan tak berjawab…rupanya Mak Su terbabit nahas

Terdahulu wanita yang hanya dikenali sebagai Atie berkata, kali terakhir berhubung dengan ibu saudaranya iaitu Allahyarhamah Siti Petimah Omar sekitar 12 tengah hari. Bagaimanapun, hatinya tidak tenang apabila masing-masing tidak menjawab panggilannya pada sebelah petang pula, sebelum dimaklumkan tentang nahas menimpa keluarga tersebut.





Anak ke-3 meraung tatap ahli keluarga buat kali terakhir

Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik HRPB apabila salah seorang daripada 2 waris yang masih hidup meraung ketika menatap ahli keluarganya buat kali terakhir. Nor Fatini, 22 nyata gagal menahan kesedihan sehingga terpaksa ditenangkan oleh saudara-mara yang lain. 4 beranak tersebut kemudiannya selamat dikebumikan di Permatang Pauh awal pagi tadi.




LihatTutupKomentar