8 Tahun Tanggung ‘Biawak Hidup’ Sedih Bekas Suami Songlap Duit Siap Nikah Lain

Sebelum berpisah, dia songlap duit saya…tak tau dia ada skandal lain

Umum mengetahui, seorang bapa merupakan insan yang bertanggungjawab untuk sara keluarga. Namun, ada juga yang masih culas dan hanya bergantung kepada isteri bagi mencari rezeki. Bagaimanapun, begitulah nasib yang dihadapi oleh insan ini apabila terkenang akan perilaku ‘terkutuk’ bekas suaminya sebelum mereka berpisah.

Berdasarkan perkongsian Fani di laman TikTok, wanita berkenaan dikatakan telah menanggung individu tersebut selama 8 tahun termasuklah keluarkan modal sendiri untuk berniaga. Namun selepas kedai mereka ‘lingkup’, lelaki itu didakwa telah mencuri wang simpanan bekas isterinya sebelum nekad kahwin lain.

Dia pergi macam itu je…tinggal saya dan 3 orang anak

Selepas kejadian itu, lelaki berkenaan telah melafazkan talak sebelum pergi tinggalkan keluarga tersebut begitu sahaja. Jelas pemilik TikTok, dia terpaksa mengemas kedai yang disewa seorang diri sebelum beredar bersama 3 orang anak kecilnya. Walaupun perit, namun dirinya tetap reda dan sedang berusaha untuk memulakan kehidupan yang baharu.

Jangan takut, jadi single mother tu kadang lagi baik…tak apa ada kifarah untuk dia









Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa simpati akan nasib yang menimpa ibu tunggal itu. Malah, ramai juga sempat memberikan sokongan selain menasihatinya agar tetap tabah dengan takdir yang telah tertulis.
LihatTutupKomentar