Kisah Benar Anak D3rhaka, Allah Bayar Cash Di Dunia

Ibu bapa adala insan yang melahirkan, membesarkan, dan mendidik diri anak-anak untuk menjadi individu yang berguna. Ibu bapa ada tanggungjawabnya sendiri begitu juga anak-anak. Anak bertanggungjawab untuk mentaati ibu bapa selagi mana ia tidak bercangah dengan syariat. Keberkatan untuk anak yang soleh di mata Allah, manakala satu hin4an bagi anak d3rhaka pada ibu di dunia dan akhirat.

Disapa dan dipeluk seorang ibu tua misteri

Dikongsikan dari sedutan Forum “Cemerlang Dunia Cemerlang Akhirat” yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil, Sungai Petani, Kedah pada 11 Mei 2017. Ada 3 ahli panel terlibat iaitu Ustaz Lutfi Amir, Ustaz Nurul Aswar Nasron dan Ustaz Abdullah Muda.

Dikesempatan ini Ustaz Abdulllah Muda sempat menceritakan kisah meruntun jiwa anak d3rhaka kepada ibu dan bagaimana beliau berjumpa dengan seorang ibu tua di rumah orang-orang tua yang sangat rin.du menanti kunjungan anaknya.

Pada suatu hari, beliau mendapat panggilan dari seorang sahabat untuk menyampaikan bantuan kepada orang-orang mis.kin. Lalu dibelinya keperluan seperti kain pelikat, roti dan sebagainya untuk dibawa bersama. Namun di mana dan apa nama rumah orang-orang tua tersebut tidak diberitahu dan masih dirahsiakan sehingga kini.

Katanya, beliau yang baru sampai di rumah orang-orang tua tersebut terkejut kerana didatangi seorang ibu tua yang menyapa dan memeluknya sambil bert3riak, “Anak aku datang. Anak aku datang. Seronoknya, anak aku datang.”

“Nak, kenapa tinggal mak dekat sini nak… Mak nak balik. Mak rindu dekat rumah,” n4ngis ibu tua itu sambil mencium beliau.

Ustaz Abdullah yang masih terkejut tidak mampu untuk membalas apa-apa kecuali memanggil namanya sebagai “mak cik”. Mendengar itu, ibu tua terus berkata, “Sampai hati kau tak mengaku aku mak kau.”

Berlakon menjadi anak sendiri

Entah bagaimana rasanya tidak sampai hati untuk mengecewakan hati seorang ibu tua yang sangat rindu untuk melihat wajah dan kasih sayang dari seorang anak. Ustaz Abdullah mengambil keputusan spontan untuk berlakon menjadi anak ibu tua itu sendiri.

“Mak maafkan saya, ya,” beliau gengam tangan ibu tua lalu menyuapkan makanan di mulutnya. Mel3leh air mata ibu tua jatuh tidak mampu membendung perasaan rindu yang teramat sangat kepada seorang insan yang dilahirkannya iaitu anak.

“Jangan tinggalkan mak, nak. Mak nak balik. Mak nak balik,” teri4k ibu tua itu kembali apabila beliau ingin pulang ke rumah selepas selesai misi memberikan bantuan sumbangan tersebut. Sekali lagi perasaan sayu itu menguasai diri. Tidak sampai hati untuk menolak ajakan si ibu tua. Beliau telah meminta izin pegawai rumah orang-orang tua tersebut untuk menyemak sejarah ibu tua tadi.

Apabila disemak, apa yang mengejutkannya rupa-rupanya sudah 3 tahun dia tinggal di sini. Bahkan, dia mempunyai beberapa orang anak. Anak pertama bergelar Tan Sri sangat terkenal dan kaya raya. Akhirnya beliau mendapat perlepasan selama 5 hari untuk membawa pulang ibu tua berkenaan.

Bawa pulang ke rumah dan beri kasih sayang

Maka bermulalah perjalanan baru ibu tua bersama keluarga Ustaz Abdullah. Dia disambut di rumah dengan penuh kasih sayang oleh isteri dan anak-anak Ustaz Abdullah. Setiap pagi solat subuh telah diimamkan oleh beliau dan ketika doa dibaca air mata seorang ibu tua turut mengalir bersama.

Beliau yang sudah tidak mempunyai ibu kerana telah meningg4l dunia menganggap ibu tua tersebut seperti ibunya sendiri. Kehidupan mereka penuh dengan memori indah “anak dan ibu”. Namun masuk ke hari ketiga ketika beliau selesai mengimamkan solat isyak dan mahu bersalam dengan ibu tua. Tiba-tiba, ibu tua melapikkan tangannya dengan kain telekung.

“Mak kenapa mak lapik tangan. Dua hari dah mak tak lapik tangan kenapa hari ni mak lapik tangan?” beliau keliru.

Ibu tua pun bersuara dengan lembut, “Ustaz kau bukan anak saya. Kalau anak saya dia tak akan buat macam tu. Sebab kalau anak saya dia tak akan imamkan solat saya. Kalau anak saya dia tak akan suapkan makanan dalam mulut saya.”

Sungguh bergetar jiwa yang mendengarnya. Naluri ibu walaupun seu.zur mana dia hidup di dunia ini tentang anak-anak dia masih ingat dan akan kekal segar diingatan.

“Mak, walaupun mak bukan mak saya. Tapi hari ni saya anggap mak sebagai ibu saya. Mak duduklah dekat sini,” beliau juga tanpa perasan menitiskan air mata.

Ibu tua meningg4l dunia di riba seorang anak angkat

Tidak berapa lama selepas kejadian itu, ibu tua sudah semakin te.nat dan u.zur. Sehinggalah dia dimasukkan ke wad hospital di sisi hayatnya di samping seorang anak angkat iaitu Ustaz Abdullah.

Sempat berpesan sebelum meningg4l, “Ustaz kalau saya m4ti, jangan beritahu anak saya seorang pun yang saya m4ti. Kalau mereka tahu saya m4ti, jangan beritahu di mana ku.bur saya. Kalau dia tahu ku.bur saya, jangan izinkan dia pegang batu nisan.”

Akhir pada kata-kata tadi maka ibu tua pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Ustaz Abdullah sambil ditemani anak dan isterinya.

Anak “Tan Sri” datang nak s4man ustaz

Selepas tiga bulan kem4tian ibu tua, seorang Tan Sri menelefon Ustaz Abdullah lalu memberi am4ran untuk meny4mannya atas tindakan mengeluarkan ibunya dari rumah orang-orang tua. Hari berganti hari, bulan berganti bulan. S4man yang ditunggu tidak menerima khabar sama sekali. Sehinggalah pada suatu hari beliau disapa oleh seorang lelaki yang menangis dan memeluknya.

“Ustaz tolong tunjuk di mana ku.bur mak saya.”

“Kenapa baru hari ini baru nak tanya mengenai mak kamu?”

“Tolonglah ustaz, saya nak jumpa mak saya. Sayalah Tan Sri yang nak s4man ustaz dulu. Saya sekarang ni papa kedana Ustaz. Isteri saya m4ti eksiden. Rumah banglo saya mus.nah terb4kar. Kereta semua bank tarik. Hanya tinggal satu kereta yang tinggal iaitu kereta kancil.”

“Baiklah. Saya boleh tunjuk ku.bur mak kamu, tapi kamu jangan pegang batu nis4n ku.bur mak kamu.”

Tangan hi.tam c4cat. lum.pur re.bah di atas ku.bur mak

Sampai sahaja di depan ku.bur ibu tua, anak yang bergelar Tan Sri itu berlari tidak ingat dunia untuk mer4tap di atas ku.bur. Dari pantas menjadi perlahan. Tubuh yang kuat menjadi le.mah dan ca.cat. Tangan yang sempurna menjadi ca.cat kehitaman.

“Ibu…. ibu…,” melolong si anak memanggil nama ibunya.

Anak bergelar Tan Sri akhirnya meningg4l dunia berdekatan dengan ku.bur ibu tua tetapi tidak sempat sampai ke ku.bur lagi.

Firman Allah SWT dalam Surah Al Ahqaaf ayat 15,

Maksudnya: “Dan kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.”

Sebagai seorang anak, kita hendaklah mengutamakan ibu bapa berbanding orang lain. Ini kerana Islam meletakkan kemuliaan ibu bapa selepas Allah SWT dan rasul Nya. Ketahuilah jika ibu bapa reda kepada anaknya maka Allah Akan reda kepadanya, sebaliknya jika ibu bapanya berkecil hati atau m4rah kepada anaknya maka Allah juga akan mur.ka kepada anak tersebut. Ini jelas sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis:

Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Amru, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda: keredaan Allah terletak pada keredaan bapa dan kemurk4an Allah terletak pada kemur.kaan bapa.” – (Hadis Riwayat Al Imam At-Tarmizi)
LihatTutupKomentar