Wanita dakwa rumah berhantu, bakar pangsapuri selepas disuruh ‘syaitan’

SEORANG wanita yang didakwa membakar bangunan pangsapurinya memberitahu polis bahawa ‘syaitan’ telah menyuruhnya melakukan perbuatan tersebut kerana ia ‘berhantu’.



Nikea Rivera, 45, ditahan dan didakwa atas kesalahan mencetuskan kebakaran di pangsapuri tiga tingkat yang dihuninya di Dorchester, Boston, Amerika Syarikat.

Menurut agensi berita Boston 25, Rivera mengaku bahawa dia telah memulakan kebakaran itu.

“Saya terpaksa melakukannya. Rumah itu berhantu. Syaitan menyuruh saya melakukannya, ada hantu di rumah saya,” katanya.



Rivera juga dilaporkan memberitahu seorang saksi dan ‘meminta maaf kerana terpaksa melakukannya’, ketika berjalan keluar daripada kawasan kebakaran tersebut.

Ketika kejadian yang berlaku pada sekitar jam 11 pagi, 27 Disember lalu, terdapat dua individu yang berada di tingkat dua.

Kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota kecemasan menggunakan tangga.

Salah seorang daripadanya kini dirawat di hospital tempatan kerana terhidu asap.

Sumber : mstar
LihatTutupKomentar