Cleaner Guna Sihir Rampas Suami Orang – “Waktu Sanding, Muka Macam Nenek Tua”

Dia kenal perempuan ni sebelum kami kahwin lagi…masa bersanding muka saya macam nenek tua

Semalam, viral kisah seorang wanita mendakwa rumah tangga dibina selama 5 tahun berakhir akibat perbuatan sihir sehingga bekas suaminya seolah-olah ‘gila bayang’. Paling unexpected, pelakunya merupakan seorang cleaner bertugas di pusat perubatan di Klang. Difahamkan mereka kini sudah pun berkahwin, justeru wanita ini tidak mahu hidupnya diganggu lagi oleh ‘si perampas’.

Disoal kenapa tidak pertahankan rumah tangganya, wanita dikenali sebagai Anis ini menjelaskan ia di luar kemampuannya. Kedua-duanya saling kenal sebelum mereka kahwin lagi, konon si perampas terlalu sayang kepada lelaki tersebut. Malah akibat sihir, Anis mendakwa wajahnya bertukar seperti nenek tua ketika majlis bersanding.





Sebelum kahwin, dia ada hembus asap pada muka saya…pakai sihir yang kita bila jumpa, tapi tak boleh sentuh dia

Bukan setakat wajah pernah dihembus suatu ‘asap’ sebelum nikah, Anis turut dedahkan peristiwa cuba menangkap pihak ketiga terbabit. Namun disebabkan ilmu sihir yang dipakai, fizikal wanita perampas tersebut seakan gagal untuk disentuh atau dipegang olehnya.





Bukan fitnah atau saja nak reka cerita…benda ni dari tahun 2016 lagi awak

Gara-gara jurang perbezaan agama, Anis juga sukar untuk memberitahu setiap peristiwa yang dialami sejak tahun 2016 kepada ahli keluarga sebelah bekas suaminya. Dalam pada itu, dia turut jelaskan bahawa perkahwinan mereka tidak pernah dikurniakan sebarang zuriat. Justeru, kelibat budak-budak dalam beberapa foto dimuat naik sebelum ini bukanlah anak kandungnya.





Kredit : FB Nur Anis Najme
LihatTutupKomentar