Tiba-Tiba Kena Sawan, Tak Sangka Isteri ‘Pergi’ Walaupun Sihat Hamil 8 Bulan

Matanya tertutup tapi saya nampak air mata isteri mengalir…tak lama lepas itu, dia hembuskan nafas terakhir

Tatkala teruja menantikan kelahiran cahaya mata perempuan, seorang bapa dari Kuala Krai, Kelantan ini bagaimanapun tidak menjangka yang takdir menentukan sebaliknya. Nur Ulya Hanania telah dijemput Ilahi pada sebelah pagi, sebelum disusuli isterinya, Nur Atiqah Mustafa pada sebelah malam pula 12 Julai lalu.

Sempat berada di sisi sehingga isterinya menghembuskan nafas terakhir, saudara Dzul Hisham akui awalnya ralat menerima dugaan tersebut. Namun begitu, dia reda kerana melihat pemergiannya begitu cantik selain berdoa pemergian mereka jadi asbab untuk tariknya ke syurga.





Isteri tiada masalah kesihatan atau simptom sepanjang hamil…tapi sempat mengadu pening kepala sebelum kena sawan

Mengulas lanjut, Dzul dedahkan pasangannya tidak menghidap sebarang simptom atau masalah kesihatan sepanjang 8 bulan hamilkan anak kedua mereka. Bagaimanapun Nur Atiqah ada mengadu pening kepala selepas mengambil wuduk untuk solat Subuh, sebelum terkena sawan pagi tersebut.







Pernah rancang mahu 6 orang anak…namun hasrat itu tidak kesampaian bila Allah lebih menyayangi isterinya

Terdahulu, Dzul Hisham dan isterinya bernikah pada 27 April 2019. Walaupun mereka pernah merancang untuk memiliki seramai 6 orang cahaya mata, namun dia reda hasrat itu tidak kesampaian apabila Allah lebih menyayangi Allahyarhamah Nur Atiqah. Kini Dzul hanya ada anak sulung, Muhammad Umar Dayyan (2 tahun) yang akan menemaninya untuk harungi hari-hari mendatang.




LihatTutupKomentar