Tolak Permintaan Bekas Suami Rujuk Semula, Isteri & Anak Disiram Air Panas

Isteri menolak untuk rujuk kembali

Cukup membimbangkan, kerap kali sudah sebenarnya viral di media sosial kisah-kisah berkaitan masalah kekerasan dalam rumah tangga. Pasti yang paling terkesan adalah si isteri apabila perlu berhadapan pasangan gemar naik tangan sehingga tinggalkan trauma dari segi psikologi. Hanya satu jalan penyelesaian yang terakhir iaitu dengan menuntut perpisahan.

Keputusan itu jugalah yang diambil seorang wanita bernama Seri apabila sudah tidak tahan lagi dilayan teruk oleh suaminya sepanjang perkahwinan mereka. Malah pasangannya tersebut boleh dikatakan turut culas bab nafkah untuk keluarga terutamanya anak-anak. Walau bagaimanapun, lelaki tersebut ingin mengajak untuk rujuk kembali lepas berpisah namun isterinya itu enggan.



Bekas suami siram air panas dekat ibu, anak dan isteri

Siapa sangka, lelaki berkenaan datang ke rumah kira-kira jam 3 pagi lalu menyiram dan menyimbah air panas ke atas keluarganya termasuk mentua. Ketika kejadian, masing-masing sedang tidur di ruang tamu dan tidak sempat bergegas mencari perlindungan. Susulan itu, si kecil yang baru berusia 2 tahun melecur hampir 100% manakala wanita tersebut dan ibunya dalam 80& dan juga 60%.



Tak sanggup tengok keadaan anak dia lagi teruk…Biadap sangat bapanya ni, rasa nak siram jugak air tu atas dia







Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup geram dengan lelaki tersebut yang masih lagi dalam buruan pihak berkuasa. Dalam pada itu, ramai juga berharap Seri sekeluarga terus kuat semangat untuk sembuh.
LihatTutupKomentar